Monday, December 21, 2009

~ 5 caRa meMiliH saHabaT ~

Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka dan (menyebutnya) .

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Wednesday, October 21, 2009

~MajLis iLmu~

Assalamualaikum wrhmt. wbrkth.

Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w., kaum kerabat dan sahabat-sahabat baginda.
Ana bersyukur kerana diberikan nikmat kesihatan untuk terus melayari kehidupan ini.

InsyaAllah ari ahad ni akan diadakan program Halaqah di sekolah ana.
Tentatif program adalah seperti di bawah:

Tarikh: 25hb Oktober 2009
Masa: 9.00-10.00pm
Tempat: Dewan Ibnu Sina, SMK Sultan Abdullah, Chenderong Balai, Perak.
Tajuk: 'Si Tanggang'
Penceramah: 1) Ustaz Zahazan
2) Ustazah Dr. Sharifah Hayati

Marilah kita sama-sama mengimarahkan majlis ilmu ini. Moga mendapat ilmu yang bermanfaat, insyaAllah dan berjalan dengan lancar, amin.

Wassalam.

Monday, September 14, 2009

~Salam Ramadhan Kareem~

Assalamualaikum wrhmt.wbrkth.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ana panjatkan ke hadrat
Ilahi kerana dengan keizinanNya, ana berpeluang untuk bertemu
Ramadhan pada tahun ini..

Walaupun hanya tinggal beberapa hari sahaja kita di dalam bulan yang
mulia ini, ana ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa
dengan harapan moga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya..

Bagaimana cara untuk kita tahu samada amalan kita diterima ataupun tidak di bulan Ramadhan
ini...
Nilai diri antum sendiri, adakah semua perkara mazmumah telah dapat diperbaiki pada Ramadhan kali ini...
kalau dulu kita suka marah-marah maka lihat ada tak perubahan selepas sebulan berpuasa..
kalau dulu suka boros atau membazir tapi sekarang adakah kita lebih berjimat...
kalau dulu kita malas atau susah nak buat qiam adakah kali ini lebih rajin melakukannya..

tepuk dada tanya iman...
moga setiap amalan yang kita lakukan mendapatkan keredhaan dari Allah s.w.t
moga di penghujung Ramadhan ini kita sama-sama memperbanyakkan amalan kita dengan harapan akan bertemu dengan satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam Lailatur Qadar....

Akhir kata, ana ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Aidilfitri buat keluarga, sahabat-sahabat, guru-guru, pensyarah serta semua kaum muslimin muslimat..

Doa dipohon anjuran Rasul,
Sejadah basah titisan mata,
Puasa berlalu Syawal menyusul,
Maaf zahir batin mohon dipinta.

Wassalam

Sunday, August 9, 2009

~JiKa aKu jaTuh haTi~

Bismillah Hirrahman Nirrahim..

Ya AllaH...
Jika aku jatuh cinta Ya allah..
cinta kan lah aku pada seorang yg melabuh kan cinta nya kepadamu..
agar bertambah kekuatan ku untuk menyintai mu..

Ya Muhaimin...
jika aku jatuh hati...
izinkan lah aku menyentuh hati seseorg yg hati nya tertaut pada mu...
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta yg palsu..

Ya Robbana...
jika aku jatuh hati....
jaga lah hati ku pada nya...
agar tidak berpaling dia pada hati mu...

Ya Robbal Izzati..
jika aku rindu...
rindukan lah aku.,..pada seseorg yg merindui shahdid ibadah mu..

Ya Allah..
Jika aku menikmati cinta yg setulus nya....
jangan lah kenikmatan itu...melebihi kenikmatan indah nya di atas permulaan cinta yg terakhir.....

Ya Allah....
jika aku jatuh hati pada kekasih ku Ya Allah...
jangan.....jangan biarkan aku tertahtih dah terjatuh dalam perjalanan baktiar menemu mansyih kepadamu..

Ya Allah...
jika kau halal kan aku menjadi kekasih mu...
jangan biar kan aku melampaui batas..
sehingga melupakan aku...
pada cinta hati...
dan perindu abadi..
hanya..kepadamu Ya Allah..
Amin Yarobbal alamin..


Wednesday, May 27, 2009

~poSitiF dan beRsaNgka baiK~

Assalamualaikum wrhmt. wbrkth.

Hari ni ana nak kongsi tentang sifat positif dan bersangka baik..

Baca yer sampai abes..

'Orang yang berjiwa bersih itu hebat kerana berfikiran positif dan selalu bersangka baik.'


1) Berfikiran positif dan optimistik sepatutnya ada pada semua manusia terutama orang Islam.


2) Bersangka baik kepada Allah Taala itu sangat perlu walaupun dugaan sering menimpa kita.


3) Tukarlah pemikiran daripada pesimis kepada optimistik dan positif untuk menjadi seorang hebat.


4) Apa yang pasti, manusia tidak akan dapat melepaskan diri daripada musibah-musibah yang melanda.


-Ciri-ciri orang berfikiran positif/husnuzhan:

i) Utamakan kehendak syariat.

ii) Tidak berputus asa.

iii) Tabah berhadapan dengan kesulitan hidup.

iv) Menerima dengan redha takdir yang ditentukan ke atas diri.



Sejarah: Khalid Al-Walid bersangka baik.


1) Khalid al-Walid merupakan seorang panglima tentera Islam yang sangat hebat.


2) Dalam satu peperangan ketika zaman khalifah Umar al-Khattab, Khalid al-Walid telah dilucutkan jawatan daripada mengetuai tentera muslimin.


3) Beliau bertekad untuk melibatkan diri dengan peperangan tersebut sebagai tentera biasa dan tidak menyimpan hati perbuatan Amirul Mukminin pada waktu itu.


4) Tujuan tindakan Umar ialah tidak mahu orang-orang Islam pada waktu itu berasa taksub dengan kegagahan Khalid dan Umar ingin membetulkan akidah umat Islam agar menganggap kemenangan bagi orang Islam disebabkan pertolongan daripada Allah Taala dan bukannya berpunca dari kehebatan Khalid al-Walid.


Kesimpulannya, marilah kita mencontohi akhlak para sahabat yang sentiasa mengamalkan sikap bersangka baik sesama sendiri.


Wassalam...

Monday, May 25, 2009

~menCari ciNta (seKadar beRkongSi)~


Salam...

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya.. .

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanaka h saya boleh mendapatkannya. ..?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan. ..?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.. .

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan. ......
.
.
.
.
.
.
.

Kesimpulannya. .. janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
Tetapi dalam Islam itu perlu ada pemilihan supaya pasangan yang kita dapat itu menepati ciri-ciri yang ditetapkan dalam Islam..
Kalau dah dapat yang rasa memenuhi kriteria yang asas, maka jangan lepaskan..

Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit, kahwin dan langsungkan perkahwinan. .

Tuesday, May 5, 2009

~iNsaFi diRi~

Assalamualaikum wrmth. wbrkth..

Hari ini tergerak hati ana untuk menyentuh topik insafi diri...
Dalam melakukan rutin harian masing-masing...
kadang-kadang pernah tak kita menginsafi diri..

pernah tak kita terfikir apa yang kita lakukan adalah benar di sisi agama..
atau kita lakukan hanya sekadar suka-suka..
kadang-kadang ana sendiri terfikir....
banyaknya kerja yang perlu dilakukan...
ditambah pula dengan tanggungjawab yang diberikan ke atas bahu ana..

bila ana duduk bersendirian, ana rasa satu kenikmatan..
kerana di situ ana belajar erti kehidupan bersendirian tanpa teman serumah...
bila susah hadapi sendiri..
di situ ana kenal erti berdikari..

semakin banyak kerja yang kita lakukan, insyaAllah Allah murahkan rezeki kita..
ana sentiasa berpesan kepada sahabat-sahabat ana khusus sekali peringatan buat diri ana..
bahawa kerja itu merupakan satu ibadah..
maka jangan sesekali mengeluh atau berputus asa..

seperkara lagi jangan sesekali kita kedekut untuk mengeluarkan duit..
khusus dalam kerja-kerja kebajikan atau sumbangan ikhlas..
sebab itu tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima..

ana juga panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana..
dengan berkat kesabaran..
hari ini ana dapat mengecapi sedikit kurniaan yang diberikanNya..
dalam menjalani kehidupan seharian..
moga Allah sentiasa memurahkan rezeki ana dan antum..

tanamkanlah rasa cinta kepada Allah...
setiap kesusahan itu adalah ujian buat kita..
semakin kita kenal Allah, maka semakin cinta kita pada Allah..
marilah kita sama-sama menginsafi diri..
biar buruk pada pandangan mata manusia..
tapi baik dari pandangan Allah.

Wassalam

Sunday, May 3, 2009

~haNtaRan peRkaHwiNan~













Assalamualaikum wrhmt. wbrkth...


Alhamdulillah ramai sahabat ana sudah melangsungkan walimah mereka...
ana jeq masih tercari-cari lagi....
apa-apa pun mabruk buat antum..
tapi takpe lah bukan ini yang ana ingin katakan di sini..

Sekiranya ada sesiapa yang berminat untuk melangsungkan perkahwinan..
ana menyediakan perkhidmatan mengubah hantaran perkahwinan..
untuk pengetahuan semua..
ana hanya mengambil tempahan di sekitar teluk intan, bidor (hilir perak)..
jika sesiapa yang berminat boleh emel ke address ana..
harga boleh dirunding..
yang penting niat dan impian anda tercapai..
sekian dahulu..

wassalam

Sunday, February 15, 2009

'Sayang DIA'

Assalamualaikum wrhmt. wbrkth.

Rasanya sudah lama ana tidak posting disebabkan kekangan masa yang tidak dapat dielakkan..
Alhamdulillah ana baru posting pada 12hb Januari 2009 di SMK Sultan Abdullah, Chenderong Balai, Perak.

Moga ana dapat laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan baik di samping berdakwah ke jalan yang benar.

Hari ini ingin ana berkongsi sedikit mengenai topik yang dibincangkan di Halaqah pada malam tadi yang bertajuk 'Sayang DIA'..

Satu topik yang ana rasa cukup bagus ditonton oleh semua terutama golongan remaja kita. Ia bersesuaian dengan sambutan Valentine Day yang disambut oleh semua lapisan tak ketinggalan oleh masyarakat Islam. Moga dengan pengisian yang diberikan pada malam itu dapat dihayati dan difahami oleh semua masyarakat Islam mengenai persoalan mengapa kita dilarang untuk menyambut hari tersebut iaitu 14 Februari..Salah satu sebabnya ialah pada hari tersebut berlakunya kejatuhan Islam di Cordova. Masyarakat Kristian amat bergembira dengan kejatuhan tersebut. Jadi, anda sebagai umat Islam adakah perlu anda menyambut dan bersama-sama bergembira pada hari tersebut?Akal telah diberi maka fikirlah dengan waras.

Di samping itu juga, dikupas mengenai isu salahkan kita bercinta?Bercinta itu tidak salah kerana fitrah manusia memang ingin dikasihi, disayangi dan dicintai oleh seseorang tetapi harus diingat mestilah ia disandarkan kepada cinta kepada Allah s.w.t. Kasihi dan cintailah seseorang itu lillahi taala, insyaAllah pabila berlakunya perpisahan hati kan menjadi tenang dan redha menghadapinya.

Ingatlah saudara-saudaraku jangan sesekali anda risau tentang bilakah jodoh anda akan sampai. Semua itu telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Fikir positif akan hikmah atas setiap yang berlaku itu. Jangan terlalu mengikut kata hati dan nafsu dalam mencari sekelumit cinta dari yang bukan muhrim. Carilah cinta Allah kerana hati anda akan menjadi tenang dan semua urusan menjadi lancar.

P/s: Ingatlah tidak semestinya jika kita mencintai seseorang itu, orang itu pun mencintai kita. Mencintai tidak semestinya memiliki. Oleh itu, mengadulah pada Allah kerana hanya pada DIA tempat kita meluahkan rasa hati kita. Biarlah kita berjihad menahan sebuah perasaan dari takut terjerumus ke lembah maksiat.

Wassalam.