Saturday, December 18, 2010

~MaRtaBat WaNita Di Sisi AgaMa~

Sesungguhnya nilai seorang wanita itu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Islam meletakkan martabat seorang wanita itu terlalu tinggi. Tidak dapat dibeli dengan segala jenis harta. Mahar yang diberikan hanyalah sebagai penghargaan dan kehormatan dari pihak lelaki kapada wanita tersebut kerana sudi menjadi teman hidupnya, berjanji berkongsi suka duka bersama hingga ke akhir hayat.

Mazhab Syafie dan sebahagian ulama tidak menetapkan kadar yang terendah dalam meletakkan nilai mahar. Selagi mana mempunyai nilai ia diterima sebagai mahar.

Kita kembali kepada sejarah yang mana Rasul s.a.w bertanya kepada sahabat yang ingin berkahwin berapakah mahar yang mampu diberikan kepada pihak perempuan. Kerana apa, kerana ia mengikut kemampuan si lelaki. Seandainya ditanya kepada pihak perempuan, sudah pasti ia akan menyukarkan pihak lelaki.

http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/1294-tidak-ku-pinta-mahar-yang-tinggi.html

Wednesday, December 8, 2010

~AnTara ciNta daN PeRjuanGan~

Pada penghujung pertemuan ini
Kita singkap kembali lembaran hari-hari semalam
Pertemuan yang begitu indah adalah saat bermulanya
Khittah perjuangan ini
Tidak terungkap dengan kata-kata
Begitu sucinya perjuangan hingga menemukan kita
Begitu kudusnya pertemuan yang membuahkan kasih sayang
Dalam usaha kita mengejar maghfirah dan redha Ilahi
Menggapai cinta kasih Rabbul Izzati

Ketahuilah
Sesungguhnya perjuangan ini perlu untuk diredah,
Tak semanis yang disangka, mungkin pahit untuk ditelan
Memerlukan keteguhan iman yang mengajar erti kesabaran
Namun....
Ikhlaslah....Redhalah....
Walau derita yang dirasai...
Walau nyawa jadi taruhan....
Yakinlah dengan janji-janji Allah
Bahawa manisnya perjuangan ini bila
Menuju syurga Ilahi!!!!

Bertemu berpisah adat kehidupan
Jika ditakdirkan setakat ini pertemuan kita
Ingatlah...
Ikatan ukhuwwah fillah akan sentiasa berkekalan
Dan berjanjilah perjuangan ini akan terus dilestari
Tidak mengenal siapa pun kita
Walau di mana jua kita berada
Deenul Islam tetap akan dibela
Hingga kita pastikan
Dunia ini menjadi milik kita!!!!

~MeNcaRi SiNar daLam KeGelaPan~

Bila malam melabuhkan tirainya
Tika itu,
Aku merasakan betapa dekatnya diriku
pada Sang Pencipta
Yang mengatur perjalanan hidup ini,
Sedang aku di kala siangnya leka dengan kesibukan duniawi.

Dalam kegelapan itu,
Aku mencari-cari sinar cahayaMu,
Terasa begitu kerdilnya diri ini,
Hingga merasakan layakkah aku
Menerima cintaMu
Cinta yang sering ku dambakan hingga ke saat ini.

Di kedinginan malam ini,
Seperti malam-malam yang biasa ku lalui,
Aku masih lagi mengharap hadirnya sinar kasihMu,
Untuk kuharungi liku-liku kehidupan ini,
Dalam mencari erti sebenar sebuah kehidupan.

Kini,
Aku mengerti bukan mudah untuk ku damba cintaMu
Bukan mudah menagih kasihMu
Tetapi aku yakin,
Dengan mengingatiMu di kala senang pasti
Engkau mengingatiku di kala susah
Ketahuilah...
Hingga ke saat ini
Aku masih lagi mengharap sinar bahagia bagi
Menuju syurga yang kekal abadi.

Nukilan sendiri...

Sunday, December 5, 2010

~UjiaN BuaTku~

Asssalamualaikum wrhmt. wbrkth.

Alhamdulillah dengan izin Allah, ana masih lagi diberi peluang untuk mengharungi kehidupan ini. Hari ini masuk 2 hari badan tak berapa sihat. Tapi ana gagahkan juga untuk menulis kerana mungkin dengan ini dapat mengurangkan sedikit kesedihan yang melanda hati ini. Panas yang disangka hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Ana rasa itulah yang sinonim dengan diri ini. Semua orang inginkan kebahagiaan termasuklah diri ana tapi apakan daya begini yang terjadi akhirnya.

Ya Allah betapa sedihnya hati ini. Ya Allah Ya Tuhanku, aku bermohon kepadaMu, jangan Kau bebankan aku dengan dosa-dosa aku Ya Allah. Ampunkan dosaku Ya Allah. Jika ini ujian buat diriku maka tabahkan hati ini untuk menempuhnya. Hanya Engkau sahaja yang mengetahui isi hati ini. Berikan aku kebahagian yang aku nantikan selama ini. Jangan biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat. Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakan aku seorang pasangan sefikrah yang beriman.

Ya Allah. Aku mengadu dan merayu kepadaMu sesungguhnya sesuatu itu terjadi atas kehendakMu jua dengan izinMu. Ya Allah, Aku memohon keselamatan agama dan kesejahteraan badan, dan penambahan ilmu dan berkat rezeki serta taubat sebelum mati dan rahmat di waktu mati dan keampunan sesudah mati. Amin..

Sebelum ana akhiri, ana mengucapkan salam maal hijrah buat semua muslimin dan muslimat. Berhijrahlah kita dari perkara-perkara keburukan dan negatif kepada perkara-perkara yang positif yang membawa kebaikan. Pastikan ianya istiqamah. Semua amalan bergantung pada niat. Jika niat kita berubah kerana Allah insyaAllah kita akan diberi kekuatan olehNya.

Wassalam.

Wednesday, November 17, 2010

~BiLa TuHan DiKeNali~

Kalau Tuhan kita kenali kasih sayang dan perananNya
Kalau Tuhan kita fahami keagungan dan kekuasaan Nya
Kalau Tuhan kita rasakan betapa Dia sangat cintakan hambaNya

Kita akan sanggup berjuang sanggup mati kerana Nya
Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana Nya

Kalau Tuhan dikenali
Cintailah Tuhan Dia adalah segalanya
Korban kanlah apa sahaja kerana Nya
Cintakan Tuhan cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan cinta murahan

Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami Dialah pengurus seluruh keperluan kita
Kalaulah kita faham Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian kerana Nya
Kita sanggup buat apa saja demi cinta pada Nya

Kita akan sanggup menerima ujian kerana Nya
Kita akan sanggup menderita demi cinta padaNya

Kalau Tuhan dikenali
Cintailah Tuhan dialah adalah segalanya korbankanlah apa sahaja kerana Nya

Cintakan Tuhan cinta yg abadi cintakan selain Tuhan cinta murahan

~ Ust. Hj. Ashaari Muhammad

Thursday, November 11, 2010

~LiRik LaGu~

Assalamualaikum wrhmt. wbrkth.

Ana nak berkongsi satu lagu yang apabila didengar dan dibaca liriknya cukup menyentuh perasaan ini sehingga tidak sedar air mata menitis apabila menghayatinya.

Saat Lafaz Sakinah - Far East

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Ulang Chorus

Saturday, October 23, 2010

~AlhaMduLillaH~

Assalamualaikum wrhmt. wbrkth.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya diberikan nikmat kesihatan kepada diri ana untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini.

Di kesempatan ini ana mengucapkan syukran jazilan kepada semua sahabat dan keluarga yang mengucapkan birthday ana dan moga doa kalian mengiringi kehidupan ana, insyaAllah.

Ana juga mendoakan moga diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dipermudahkan jodoh dengan dikurniakan seorang pasangan yang dapat membimbing diri ini ke jalan yang benar, mengasihi dan menyayangi diri ini seadanya dan dipermudahkan segala urusan, amin.

Moga Allah memberikan ana rasa kasih dan sayang terhadap bakal zauji ana nanti dan demikian juga bakal zauji terhadap diri ana seperti dalam firman Allah s.w.t

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadaNya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang(mawaddah warahmah). Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (Ar-Rum: 21)

Wassalam.

_kOmuNikasi~

Assalamualaikum wrhmth. wbrkth.

Hari ini ana tertarik nak berkongsi topik dengan antum mengenai pentingnya komunikasi dalam sesuatu perhubungan. Ana merasakan komunikasi itu penting sebagai salah satu cara untuk mengeratkan hubungan antara satu dengan yang lain. Ana melihat masyarakat kita pada masa kini kadang-kadang langsung tidak bertegur sapa dengan jiran tetangganya atau rakan sejawat di tempat kerja. Itu belum dilihat komunikasi dalam rumahtangga.

Lihat saja dari sudut perhubungan sesama manusia. Bagaimana kita nak mengenali seseorang itu kalau komunikasi antara kita kurang dan salah seorang dari kita suka berdiam diri. Jika dilihat dari sudut rumahtangga pula pasangan suami isteri yang sama-sama sibuk biasanya tidak cukup waktu untuk berkomunikasi. Paling-paling mereka bertemu ketika hendak tidur. Kadangkala, untuk sarapan pagi atau makan malam pun masing-masing tiba lewat. Kurangnya atau tiada waktu berkomunikasi menimbulkan pengertian salah. Ini kerana suami tidak tahu masalah isteri, demikian juga sebaliknya.

Justeru, periksa semula adakah kita punya waktu untuk berkomunikasi dengan pasangan atau masyarakat di luar sana. Jika kita jarang berkomunikasi dengan orang maka mulakan dari sekarang untuk mengenali antara satu dengan yang lain. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Wassalam.

~taKlimat~

Assalamualaikum wrhmt. wbrkth.

Alhamdulillah ana dan rakan-rakan guru sekolah yang lain telah pun selesai mendengar taklimat mengenai wasiat, faraidh dan takaful penyelesaian kepada sebuah kekusutan. Syukran jazilan ana ucapkan kepada SAF Associates Agency eTiQa Takaful Cawangan Taiping kerana sudi hadir memberikan taklimat mengenai topik berkenaan. Dengan taklimat yang diberikan itu, walaupun tidak 100% memahaminya tetapi sedikit sebanyak dapat membantu ana untuk memahami konsep wasiat, faraidh dan takaful.

Dengan contoh-contoh yang diberikan oleh penceramah tadi, banyak kes-kes yang melibatkan harta pusaka sering menjadi perbalahan di kalangan kita sehingga menyebabkan ada segelintir manusia yang sanggup memakan harta yang bukan milik dia sendiri. Kita harus ingat bahawa sekiranya rezeki yang kita dapat itu bukan dari sumber yang halal maka kesannya akan berlaku masalah-masalah yang negatif seperti masalah sosial pada masa kini.

Lebih memburukkan lagi apabila harta itu berterusan sehingga diwarisi oleh keturunan di bawahnya. Justeru, janganlah kerana harta yang ada di dunia menggelapkan mata kita sehingga tidak dapat membezakan yang mana hak dan juga batil. Maka kepada kaum muslimin dan muslimat sekalian selagi kita masih hidup di dunia maka buatlah persediaan untuk membuat wasiat bagi mengelakkan berlakunya perbalahan selepas berlakunya kematian kita nanti. Kalau kita boleh tahu bila tarikh lahir, tarikh pernikahan atau tarikh mula bekerja tetapi sebaliknya kita tidak tahu bila tarikh kematian kita. Maka bersedialah dari awal.

Cuba antum lipat satu kertas A4 dan dibahagikan kepada dua bahagian. Maka satu bahagian itu tulislah semua hutang-hutang kita di dunia ini dan satu bahagian lagi senarai tabungan kita pada waktu ini. Kemudian, antum lihatlah adakah senarai hutang lebih banyak dari senarai tabungan kita. Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah.

Jika ada di kalangan kita yang masih belum membuat tabungan maka segeralah bertindak untuk jaminan orang-orang yang akan kita tinggalkan kelak apabila kontrak hidup kita di dunia ini telah ditamatkan. Ana rasa setakat ini perkongsian ilmu yang dapat ana terangkan dari kefahaman yang ana dapat. Segala yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu adalah dari kelemahan diri ana sendiri.

Wassalam.

Thursday, October 21, 2010

~HatiKu TerSentuh~

Assalamualaikum wrhmt. wbrkth.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat dan sahabat-sahabat baginda.

Rasanya sudah lama ana tak 'update' blog yang telah lama kesunyian ni. Maaf atas kesibukan yang melampau dan alhamdulillah di tengah-tengah malam yang damai ini, akhirnya ana mendapat kekuatan untuk menulis sesuatu yang berada di kotak fikiran ana ini.

Ana rasa tersentuh dengan lirik yang dinyanyikan oleh penyanyi yang ana rasa boleh dikatakan semua pendengar nasyid sudah biasa dengan nama ini iaitu Maher Zain. Satu lagu yang mula-mula diperkenalkan oleh sahabat ana iaitu 'For the Rest of My Life'. Sama-sama kita hayati lirik dan video ini.

For the Rest of My Life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart






Monday, May 17, 2010

~SambuTan haRi guRu 2010~

Assalamualaikum wrhmt. wbrkht.

Alhamdulillah ana panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk menyambut hari guru peringkat sekolah tahun 2010 pada hari ini.

Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi memeriahkan majlis hari ini. Ana juga tidak melepaskan peluang untuk menunjukkan kehebatan dalam bermain batu seremban :) seronok rasanya bila bermain dengan guru-guru lain terasa semakin kukuh ukhwah yang terbina.

Antara sukaneka dan permainan yang disediakan adalah boling kelapa, masuk air dalam botol, musang berjanggut, batu seremban, bola beracun, basikal lambat, bola jaring, bola sepak dan tarik tali.

Kelihatan bersemangat semua cikgu untuk memenangi pertandingan yang disertai. Moga ianya memberikan kenangan yang manis buat diri ini dan semua guru di sekolah ana.

Di kesempatan ini, ana ingin mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua warga pendidik dengan ucapan teruskan usaha kalian dalam mendidik anak bangsa. Moga jasa kalian mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah s.w.t. Amin.

Berbicara di lain waktu, wassalam.

Saturday, February 6, 2010

~raSa meNgaNtuk seLepas maKan~


Assalamualaikum wrhm. wbrkth.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat dan sahabat-sahabat baginda..

Alhamdulillah walaupun ana berada dalam keadaan yang kurang sihat tetapi ana bersyukur kerana diberikan keizinan untuk terus menjalani kehidupan di muka bumi sebagai seorang hamba yang sentiasa mengharapkan kasih dan sayang dari Allah s.w.t.

Ana tertarik dengan topik 'rasa mengantuk selepas makan' adalah kerana ia sentiasa berlaku kepada diri ana sendiri dalam sehari-harian. Pada mulanya ana menganggap mungkin kerana tidak cukup tidur tetapi selepas ana membaca satu emel yang sama kaitannya dengan masalah ini barulah ana faham mengapa keadaan ini berlaku. Justeru, ana ingin kongsikan bersama dengan antum terutama bagi yang belum mengetahuinya moga kita sama-sama dapat memperbaiki kelemahan ini.

Sebenarnya, rasa mengantuk selepas makan terutama pada waktu tengahari itu bukanlah kerana tidak cukup tidur semata-mata sebaliknya menandakan kita dahaga dan kekurangan air dalam badan. Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Sekiranya antum ingin mendapatkan lebih informasi mengenai kepentingan air dalam badan maka bolehlah mencari dari sumber-sumber yang boleh dipercayai demi menjaga kesihatan diri dan keluarga.

Moga kita semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dengan sentiasa mengamalkan pemakanan dan penjagaan diri dengan sempurna. Ingatlah kesihatan yang baik akan memudahkan kita melakukan amal ibadah sekaligus kerja-kerja seharian dengan baik.

Akhir kata, jaga diri, iman dan amal. Renung-renungkan...

Wassalam.