Monday, May 17, 2010

~SambuTan haRi guRu 2010~

Assalamualaikum wrhmt. wbrkht.

Alhamdulillah ana panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk menyambut hari guru peringkat sekolah tahun 2010 pada hari ini.

Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi memeriahkan majlis hari ini. Ana juga tidak melepaskan peluang untuk menunjukkan kehebatan dalam bermain batu seremban :) seronok rasanya bila bermain dengan guru-guru lain terasa semakin kukuh ukhwah yang terbina.

Antara sukaneka dan permainan yang disediakan adalah boling kelapa, masuk air dalam botol, musang berjanggut, batu seremban, bola beracun, basikal lambat, bola jaring, bola sepak dan tarik tali.

Kelihatan bersemangat semua cikgu untuk memenangi pertandingan yang disertai. Moga ianya memberikan kenangan yang manis buat diri ini dan semua guru di sekolah ana.

Di kesempatan ini, ana ingin mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua warga pendidik dengan ucapan teruskan usaha kalian dalam mendidik anak bangsa. Moga jasa kalian mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah s.w.t. Amin.

Berbicara di lain waktu, wassalam.