Saturday, December 18, 2010

~MaRtaBat WaNita Di Sisi AgaMa~

Sesungguhnya nilai seorang wanita itu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Islam meletakkan martabat seorang wanita itu terlalu tinggi. Tidak dapat dibeli dengan segala jenis harta. Mahar yang diberikan hanyalah sebagai penghargaan dan kehormatan dari pihak lelaki kapada wanita tersebut kerana sudi menjadi teman hidupnya, berjanji berkongsi suka duka bersama hingga ke akhir hayat.

Mazhab Syafie dan sebahagian ulama tidak menetapkan kadar yang terendah dalam meletakkan nilai mahar. Selagi mana mempunyai nilai ia diterima sebagai mahar.

Kita kembali kepada sejarah yang mana Rasul s.a.w bertanya kepada sahabat yang ingin berkahwin berapakah mahar yang mampu diberikan kepada pihak perempuan. Kerana apa, kerana ia mengikut kemampuan si lelaki. Seandainya ditanya kepada pihak perempuan, sudah pasti ia akan menyukarkan pihak lelaki.

http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/1294-tidak-ku-pinta-mahar-yang-tinggi.html

Wednesday, December 8, 2010

~AnTara ciNta daN PeRjuanGan~

Pada penghujung pertemuan ini
Kita singkap kembali lembaran hari-hari semalam
Pertemuan yang begitu indah adalah saat bermulanya
Khittah perjuangan ini
Tidak terungkap dengan kata-kata
Begitu sucinya perjuangan hingga menemukan kita
Begitu kudusnya pertemuan yang membuahkan kasih sayang
Dalam usaha kita mengejar maghfirah dan redha Ilahi
Menggapai cinta kasih Rabbul Izzati

Ketahuilah
Sesungguhnya perjuangan ini perlu untuk diredah,
Tak semanis yang disangka, mungkin pahit untuk ditelan
Memerlukan keteguhan iman yang mengajar erti kesabaran
Namun....
Ikhlaslah....Redhalah....
Walau derita yang dirasai...
Walau nyawa jadi taruhan....
Yakinlah dengan janji-janji Allah
Bahawa manisnya perjuangan ini bila
Menuju syurga Ilahi!!!!

Bertemu berpisah adat kehidupan
Jika ditakdirkan setakat ini pertemuan kita
Ingatlah...
Ikatan ukhuwwah fillah akan sentiasa berkekalan
Dan berjanjilah perjuangan ini akan terus dilestari
Tidak mengenal siapa pun kita
Walau di mana jua kita berada
Deenul Islam tetap akan dibela
Hingga kita pastikan
Dunia ini menjadi milik kita!!!!

~MeNcaRi SiNar daLam KeGelaPan~

Bila malam melabuhkan tirainya
Tika itu,
Aku merasakan betapa dekatnya diriku
pada Sang Pencipta
Yang mengatur perjalanan hidup ini,
Sedang aku di kala siangnya leka dengan kesibukan duniawi.

Dalam kegelapan itu,
Aku mencari-cari sinar cahayaMu,
Terasa begitu kerdilnya diri ini,
Hingga merasakan layakkah aku
Menerima cintaMu
Cinta yang sering ku dambakan hingga ke saat ini.

Di kedinginan malam ini,
Seperti malam-malam yang biasa ku lalui,
Aku masih lagi mengharap hadirnya sinar kasihMu,
Untuk kuharungi liku-liku kehidupan ini,
Dalam mencari erti sebenar sebuah kehidupan.

Kini,
Aku mengerti bukan mudah untuk ku damba cintaMu
Bukan mudah menagih kasihMu
Tetapi aku yakin,
Dengan mengingatiMu di kala senang pasti
Engkau mengingatiku di kala susah
Ketahuilah...
Hingga ke saat ini
Aku masih lagi mengharap sinar bahagia bagi
Menuju syurga yang kekal abadi.

Nukilan sendiri...

Sunday, December 5, 2010

~UjiaN BuaTku~

Asssalamualaikum wrhmt. wbrkth.

Alhamdulillah dengan izin Allah, ana masih lagi diberi peluang untuk mengharungi kehidupan ini. Hari ini masuk 2 hari badan tak berapa sihat. Tapi ana gagahkan juga untuk menulis kerana mungkin dengan ini dapat mengurangkan sedikit kesedihan yang melanda hati ini. Panas yang disangka hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Ana rasa itulah yang sinonim dengan diri ini. Semua orang inginkan kebahagiaan termasuklah diri ana tapi apakan daya begini yang terjadi akhirnya.

Ya Allah betapa sedihnya hati ini. Ya Allah Ya Tuhanku, aku bermohon kepadaMu, jangan Kau bebankan aku dengan dosa-dosa aku Ya Allah. Ampunkan dosaku Ya Allah. Jika ini ujian buat diriku maka tabahkan hati ini untuk menempuhnya. Hanya Engkau sahaja yang mengetahui isi hati ini. Berikan aku kebahagian yang aku nantikan selama ini. Jangan biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat. Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakan aku seorang pasangan sefikrah yang beriman.

Ya Allah. Aku mengadu dan merayu kepadaMu sesungguhnya sesuatu itu terjadi atas kehendakMu jua dengan izinMu. Ya Allah, Aku memohon keselamatan agama dan kesejahteraan badan, dan penambahan ilmu dan berkat rezeki serta taubat sebelum mati dan rahmat di waktu mati dan keampunan sesudah mati. Amin..

Sebelum ana akhiri, ana mengucapkan salam maal hijrah buat semua muslimin dan muslimat. Berhijrahlah kita dari perkara-perkara keburukan dan negatif kepada perkara-perkara yang positif yang membawa kebaikan. Pastikan ianya istiqamah. Semua amalan bergantung pada niat. Jika niat kita berubah kerana Allah insyaAllah kita akan diberi kekuatan olehNya.

Wassalam.