Saturday, February 6, 2010

~raSa meNgaNtuk seLepas maKan~


Assalamualaikum wrhm. wbrkth.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat dan sahabat-sahabat baginda..

Alhamdulillah walaupun ana berada dalam keadaan yang kurang sihat tetapi ana bersyukur kerana diberikan keizinan untuk terus menjalani kehidupan di muka bumi sebagai seorang hamba yang sentiasa mengharapkan kasih dan sayang dari Allah s.w.t.

Ana tertarik dengan topik 'rasa mengantuk selepas makan' adalah kerana ia sentiasa berlaku kepada diri ana sendiri dalam sehari-harian. Pada mulanya ana menganggap mungkin kerana tidak cukup tidur tetapi selepas ana membaca satu emel yang sama kaitannya dengan masalah ini barulah ana faham mengapa keadaan ini berlaku. Justeru, ana ingin kongsikan bersama dengan antum terutama bagi yang belum mengetahuinya moga kita sama-sama dapat memperbaiki kelemahan ini.

Sebenarnya, rasa mengantuk selepas makan terutama pada waktu tengahari itu bukanlah kerana tidak cukup tidur semata-mata sebaliknya menandakan kita dahaga dan kekurangan air dalam badan. Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Sekiranya antum ingin mendapatkan lebih informasi mengenai kepentingan air dalam badan maka bolehlah mencari dari sumber-sumber yang boleh dipercayai demi menjaga kesihatan diri dan keluarga.

Moga kita semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dengan sentiasa mengamalkan pemakanan dan penjagaan diri dengan sempurna. Ingatlah kesihatan yang baik akan memudahkan kita melakukan amal ibadah sekaligus kerja-kerja seharian dengan baik.

Akhir kata, jaga diri, iman dan amal. Renung-renungkan...

Wassalam.