Saturday, August 23, 2008

~InGatan BerSama~




Bismillahirrahmanirrahim..
Teman,

Atas tautan ukhwah

Juga atas satu dasar yg kukuh

Nan Aqidah Muslim,

Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..
Wahai temanku an nisa

Engkau sedia maklum,

Engkaulah hiasan dunia,

Lantaran fitrah itu,

Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,

Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,

Tetapi itulah hakikat kejadianmu..
Wahai temanku ar-rijal,

Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,

Yg seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,

Dan tentulah temanmu yg diimpi,

Seorang mujahidah..
Wahai temanku an-nisa

Aku mengetahui halusnya perasaanmu,

Engkau ingin disayangi,

ingin dimanjai,

Engkau juga ingin menyayangi

juga ingin memanjai..

Dan aku juga tahu,

Temanmu ar-rijal juga begitu..

Tetapi temanku an-nisa

Ketahuilah engkau,

Bercinta itu fitrah,

Tetapi jgnlah engkau cemarkannya dengan fitnah.
Kalau benar engkau mengasihinya,

kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah,

Dan jika engkau benar mengasihinya

KeranaNya,

Engkau tak kan bisa,

Melunakkan soutul engkau,

Engkau tidak kan bisa,

Melemparkan panahan menggodamu,

Kerana engkau tahu,

Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!

Dan engkau mengetahui,

Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,

Namun nafsu itu sentiasa beraja,

Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,

Nafsu raja yg menggila!

Kerana engkau tahu sahabatku an nisa

Dia kan terjerumus ke dlm api yg membara

Andai dia menjadi hamba raja nafsu yg gila..

Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?
Wahai temanku ar-rijal

Andai engkau mencintainya,

Cintailah ia keranaNya,

Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada dia,
Andai engkau mengasihinya keranaNya,

Engkau tidakkan bisa,

Mengajaknya bermukah di taman sepi,

Kerana engkau tahu,

Dia punya 9 nafsu, 1 akal,

Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?

Andai engkau mengasihinya kranaNya,

Engkau tidakkan bisa menyentuhnya

Walaupun yg ringan-ringan,

Kerana engkau tahu,

Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!

Dan engkau tahu bukan ?

Zina tempatnya di api yg menjunam?

Apakah engkau benar mengasihinya,

Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku an-nisa

Sahabatku ar-rijal

Aku mengasihimu LILLAH,

Lantaran itu,

Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,

Manusia mana yg mampu hidup tanpa cinta?

Bercinta tak salah,

Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yg hakiki,

Dan engkau kan merasa cinta manusia ..

Sedikit cuma..
Andai Dia yg engkau dahului,

Engkau takkan gelisah,

Andai dia tidak mengirim sebarang sms,

Andai suaranya tidak didengar walau teknologi didepan mata,

Engkau tidakkan rindu,

Andai sehari tidak besua,

Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa mengatakan

I love you.

Kerana engkau percaya..

DIA yg terbaik..
Lantaran DIA yg terbaik

DIA akan menentukan yg terbaik untukmu,

Dan andai dia yg terbaik untukmu,

DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..

Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yg terbaik buat kalian

Kalau ada jodoh tak ke mana..

Yakinlah!

Apakah benar engkau meyakini takdirNya?
Maafkan aku teman,

Bicaraku penuh ketegasan,

Aku tidak membencimu,

Tetapi aku membencimu munkar itu,

Dan kerana aku takutkan api yg menjunam itu,

Aku menegur yg mana mampu,

Kerana aku takut,

Andai aku tidak menegurmu,

Kita kan sama2 meredah lautan api,,,

Yg terlalu pedih,

yg terlalu seksa,

yg terlalu AZAB!!!

Nauzubillah min zalik

Sama2lah teman

Pagarilah imanmu

Agar si iman itu tidak terlepas

Cintailah DIA,

Kerana DIAlah penjaga iman kita..

Yakinlah dengan DIA..

Serahkan segalanya pada DIA..

Kerana DIA tahu yg terbaik

Sedangkan kita tidak.

ALLAHualam.


Akhirul kalam

Letakkan si DIA dlm hatimu,

Engkau akan merinduiNYA

Andai harimu tiada ingatan kpdNYA

Engkau akan gelisah andai DIA

Tidak mendengar rintihanMu,

Engkau kan rindu

Andai DIA tidak memandangmu,

Engkau kan tak keruan andai

Doamu ditolak..

Dan itulah cinta hakiki..

Kerana engkau yakin

Di sana adanya sebuah

Pertemuan di taman Syurga yg Indah..
Bercintalah kerana ALLAH..

Dan Engkau akan merasakan

Erti bercinta yg sebenar

Insya ALLAH!!


Moga Nasihat Ini Tersemat Di Hati Ana Sampai Ke Akhir Hayat...Ameen

Friday, August 22, 2008

~AhLan Ya RamaDhan~








Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberi keizinan untuk ana melapangkan sedikit waktu untuk menulis. Sedar tak sedar kita kini menghampiri penghujung Syaaban dan mendekati Ramadhan Al-Mubarak.

Rasanya begitu cepat waktu berlalu, sehingga bulan yang kita nanti-nantikan ini semkin menghampiri kita. Persoalannya, adakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya? Seharusnya dengan nikmat kesihatan yang dikurniakan Allah ini, kita perbanyakkanlah amalan-amalan yang boleh mendekatkan kita kepadaNya.
Umat manusia yang berpuasa akan dianugerahkan 5 prkara:

1) Allah akan melihat dan memantau mereka dari jauh.
2) Orang yang berpuasa ini mulut dia lebih wangi dari miskun(minyak wangi)
- Bila bangun dari mashsyar mulut mereka lebih wangi dari kasturi.
3) Orang yang berpuasa ini akan menyeru malaikat untuk mengampunkan dosa mereka.
4) Allah s.w.t. memerintahkan malaikat untuk siapkan hamba Allah kerehatan.

5) Malam yang terakhir itu akan diampunkan dosa seluruh umat-umat Islam. Pada malam terakhir kita bangun malam dan bertafakkur dan merasa sedih Ramadhan meninggalkan kita maka Allah akan ampunkan dosa kita.

"Seandainya umatku tahu tentang keutamaan dan keagungan bulan Ramadhan pasti mereka akan berharap-harap agar tahun itu menjadi bulan Ramadhan kesemuanya. Ini adalah kerana perkara-perkara kebaikan terhimpun, ketaatan diterima, doa diperkenankan, dosa diampunkan dan syurga pula merindui mereka".


Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan....Kehadiran mu dinantikan..

Wassalam

Tuesday, August 12, 2008

~MaBruk~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Di kesempatan ini ana nak mengucapkan mabruk buat hamba Allah ini..
sempena konvokesyennya yang bakal tiba ini..
bersyukurlah ke hadrat Ilahi kerana perjuangan kita sebagai seoarang mahasiswa akhirnya berakhir dengan segulung ijazah...
tetapi ingat walaupun pengajian telah tamat, ini tidak bererti ilmu itu terhenti begitu sahaja..
tuntutlah ilmu walau di mana jua kita berada...

pesanan ana...
kuatkan semangat dalam menghadapi kehidupan ini...
peliharalah diri dari mendekati perkara-perkara yang boleh merosakkan diri...
moga sentiasa dalam limpah rahmat dan hidayah dari Allah s.w.t...
moga terus tabah dalam menghadapi ujian hidup...
serta beroleh apa yang diinginikan selama ini...
doakan ana moga sentiasa gembira dan beroleh kejayaan..
moga pertemuan dan perpisahan ini adalah kerana Allah s.w.t..

p/s: teringat ana pada bear, bunga dan buku tu..setiap kali balik rumah mesti akan tengok bear tu..tetiba hati tersentuh..

'SAYANG' adalah sesuatu yang amat sukar untuk dimengertikan bagi insan..
yang tidak memahaminya kerana ia melibatkan hati naluri kita.
Ia lahir daripada hati manusia yang tulus ikhlas.
Tanpa keikhlasan perasaan sayang tidak akan wujud.

Maka, tiadalah kasih sayang yang sejati.

'KEIKHLASAN' umpama selut hitam yang berada di atas batu hitam.
Ia ada tetapi tidak kelihatan.

Ianya lahir dari hati yang tulus ikhlas.
Ia juga tidak dapat dipamerkan melalui sebarang bentuk objek atau melalui...
nilai mata wang ringgit.
Ia hanya boleh ditafsirkan oleh orang yang benar-benar memahaminya,
jika ada tautan ukhuwwah, tautan kasih sayang yang sejati kerana Allah Taala.
Sesungguhnya, seungkap kata-kata itu lebih bermakna daripada selautan harta.
Yang penting, sayangilah orang yang menyayangi kita kerana..
di situlah kita akan kenal erti kasih sayang yang sebenar, kasih sayang yang sejati..dan...
kita tetap akan menyayangi insan yang menyayangi diri kita.

"Sabda Rasulullah..."tidak sempurna iman seseorang selagi mana dia tidak menyayangi...
saudaranya sendiri sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri".

wassalam..

Saturday, August 9, 2008

~KeNal TuHan~

Rasakan dan yakinlah bahawa Tuhan adalah Pelindung

Penjaga, Pengawal dan Penyelamat

Tapi Tuhan boleh melakukan apa sahaja ke atas diri kita

Namun Dia Maha Suci daripada menzalimi

Di sinilah kita perlu takut kepada-Nya

Tuhan adalah Maha Pengasih dan Penyayang kepada makhluk-Nya

Terutama kepada manusia sebagai hamba-Nya

Tidak ada siapa yang boleh menandingi kasih dan sayang Tuhan

Namun Tuhan bila-bila masa boleh murka kepada hamba-Nya

Tapi penuh berhikmah dan mengandungi pengajaran

Mintalah kepada-Nya apa sahaja

Kerana Tuhan itu adalah Maha Kaya

Tapi ingat!

Dia memberi dengan penuh bijaksana tidak semberono

Tuhan Maha Adil dengan makhluk-Nya

Terutama kepada manusia sebagai hamba dan khalifah-Nya

Namun Dia adalah Hakim yang menghukum

Tidak kira kepada siapa sekalipun saja

Tapi Tuhan tidak berdendam

Ia melakukannya dengan sifat keadilan-Nya kepada makhluk-makhluk-Nya

Begitulah di antara sifat-sifat Tuhan yang mesti kita mengetahui

Makin kita kenal Tuhan
Semakin indah kita rasa bertuhan

Semakin kita kenal Tuhan
Semakin cinta dan takut kita kepada Tuhan

Makin kita kenal Tuhan

Terasa sangat kita memang perlu kepada Tuhan

Kerana itu kenalilah Tuhan

Agar kita rasa indah bertuhan dan rasa bertuhan

~KaLaM hiKmaH~


" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" -(Saidina Abu Bakar As-Siddiq )



" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " -Imam Umar bin Abdul Aziz

Friday, August 8, 2008

~alHamduLillaH~


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Ana panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya ana dapat meneruskan kehidupan ini dengan nikmat kesihatan yang baik.

Akhirnya ana dapat menghabiskan latihan mengajar ana dengan jayanya pada 25hb Julai yang lalu. Walaupun di sepanjang latihan tersebut banyak dugaaan dan rintangan yang ana tempuhi, tetapi dengan kekuatan dan kesabaran yang Allah kurniakan kepada ana, maka ana dapat mengharunginya dengan hati yang tabah.

Kini, ana kembali ke UTM untuk meneruskan pengajian ana bagi semester yang terakhir, sebelum menunggu posting pada tahun hadapan. Moga dengan ilmu dan pengalaman yang ana peroleh ini dapat membantu ana dalam mempersiapkan diri bagi menuju dunia pendidikan.

Di sini ana kongsikan sedikit pengalaman ana di sepanjang menjalani latihan mengajar di sekolah menengah di Johor Bahru bermula dari 14 April-25 Julai 2008. Apa yang boleh ana katakan, profesion guru itu bukan mudah seperti yang disangka. Ia memerlukan kesabaran dan kesediaan dari segi ilmu sebelum memulakan pengajaran. Sebagai seorang guru, kita harus ingat tanggungjawab kita bukan sekada mengajar tetapi jua sebagai seorang pendidik. Mendidik di sini membawa maksud cuba mengubah sikap atau akhlak pelajar dari buruk kepada yang lebih baik. Kita harus terapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar tersebut.

Sebagai seorang guru, kita seharusnya menjadi kawan kepada mereka dan cuba mendekati mereka dan mengenalpasti masalah pelajar-pelajar kita. Jika kita mempunyai 40 orang pelajar, maka 40 orang pelajar itu mempunyai 'characteristic' yang berbeza. Ternyata semua ibubapa mengharapkan kita sebagai guru bukan sekadar mengajar mereka malah menegur jika ada kesalahan yang dilakukan. Cuma kita kena ingat pelajar sekarang tidak sama dengan pelajar dahulu, pelajar sekarang ternyata lebih terdedah kepada dunia luar dengan pelbagai masalah sosial yang berlaku. Oleh itu, sebagai seorang guru kita harus pandai menangani masalah ini.

Di sepanjang latihan mengaar itu juga, ana juga menjadi warden asrama sementara memandangkan ana tinggal di asrama sekolah. Ternyata tinggal di luar sekolah berbeza dengan tinggal di asrama sekolah. Tetapi, tinggal di asrama ini lebih mendekatkan kita dengan pelajar-pelajar.

Hari terakhir ana di sekolah, para pelajar membuat kejutan dengan mengadakan jamuan sempena tamatnya latihan mengajar ana di sekolah. Ada yang siap bawa nasi arab, kek, kad ucapan dan macam-macam lagi. Malam tu pula tetiba ana rasa kurang sihat, tetapi ketuan warden, umi merancang dengan pelajar-pelajar asrama untuk menyambut majlis perpisahan. Malam itu dengan tidak semena-mena air mata mengalir dengan derasnya tika diri dipanggil untuk memberikan ucapan sempena insan yang diraikan pada malam itu. Hadiah yang diberikan cukup dihargai sebagai tanda kenangan buat ana.

Akhir kata, ana mengucapkan sekalung penghargaan kepada pihak sekolah dan para pelajar semua yang telah memberikan kerjasama di sepanjang latihan mengajar ana di sekolah. Moga kenangan kita bersama akan terpahat di sanubari ana. Pesanan dari cikgu buat anak didik yang dikasihi ialah belajar rajin-rajin, jadi anak yang solehah dengan menggembirakan ibubapa kita dengan keputusan peperiksaan, jaga diri dan akhlak, lakukan kebaikan dan jauhi kemungkaran.

Wassalam.

~meMilih suAmi yaNg soLeH~

Memilih Suami Yang Soleh

http://an-nawawi. blogspot. com

Melalui artikel yang lalu, saya ada membawakan berkenaan sekitar persoalan memilih isteri solehah di bawah tajuk “
Memilih Calun Isteri Anjuran Raulullah s.a.w.”. Kali ini, insya-Allah saya akan cuba membawakan/membenta ngkan persoalan lelaki yang sewajarnya dipilih (atau yang menjadi keutamaan) menjadi suami.

Berdasarkan artikel yang lepas, ramai yang bertanya, masih wujudkah wanita seperti itu. Jawab saya melalui artikel ini, “Ya, masih wujud.” Kalau tidak wujud, anda sebagai wanita yang membacanya, perlulah berusaha mewujudkannya.

Dan andainya, dirasakan terlalu sukar untuk memenuhi kriteria yang saya cuba utarakan/sampaikan, tiada salahnya memilih yang terbaik di antara yang ada yang menghampiri kepada kriteria-kriteria yang dibawakan dalam artikel yang lalu. Secara kesimpulannya, dahulukanlah keutamaan agamanya dan yang mendekati ciri-ciri yang baik tersebut. – wallahu a’lam...

Untuk artikel kali ini, saya cuba membawakan beberapa ciri asas sahaja dan penjelasannya saya serahkan kepada anda untuk memikirkannya/ menimbangkannya. Dalam persoalan memilih atau mencarikan suami untuk seseorang wanita, wali atau ibu bapa memainkan peranan yang penting sekali dalam hal ini. Ini adalah kerana, mereka berperanan sebagai perantara kepada anak-anak perempuan mereka dalam kebanyakan urusan. Di samping mendidik, menjaga, memelihara, para wali/ibu bapa juga berperanan untuk menikahkan anak gadis mereka masing-masing. Untuk itu, adalah penting untuk kita mengetahui bagaimana ciri-ciri asas seorang lelaki yang wajar dinikahkan kepada anak gadisnya menurut sisi garisan/pandangan Islam.

Kriteria Umum Seorang Suami Pilihan

Kriteria yang pertama adalah keutamaan kepada yang baik agamanya. Ini diukur kepada akidahnya dan bagaimana dia beramal dengan Islam. Adakah ia menjaga solatnya, akhlaknya, dan seumpamanya. Ini adalah berdasarkan hadis ini:
“Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi dalam kitab nikah, (no. 1080) daripada Abu Hatim al-Munzi)

Kemudiannya, hendaklah lelaki itu yang memiliki ciri-ciri kepimpinan yang baik bagi memimpin sebuah rumahtangga dan institusi kekeluargaan.

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.” (an-Nisa’ 4: 34)

Ini adalah bagi menjamin antaranya keselamatan, kebahagian, nafkah (kewangan), dan pengurusan yang baik. Dalam persoalan lelaki sebagai pemimpin, lelaki dilebihkan dalam beberapa hal, antaranya adalah keupayaan fizikal yang melebihi wanita, dan kebolehan untuk bergerak dalam melaksanakan kerja/tugasan di luar.

Di samping itu, lelaki/suami juga perlulah berupaya mendidik keluarganya ke arah agama dan kehidupan yang baik. Ini adalah bagi menjamin kesejahteraan dalam berumahtangga, melahirkan zuriat yang soleh-solehah serta menjamin kebaikan di akhirat kelak. Oleh itu, bagi memiliki daya kepimpinan yang baik, suami juga perlulah memiliki ilmu yang sewajarnya bagi menjamin keluarga sentiasa dalam keadaan yang aman, harmoni dan bahagia.

Di dalam firman Allah s.w.t., maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya Malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan mereka selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At-Tahrim: 6)

Di dalam ayat tersebut juga dinyatakan bahawa, suami atau seseorang individu itu bertanggungjawab untuk memastikan keluarga sentiasa dalam naungan agama yang sahih dan baik bagi menjamin keselamatan ahli keluarganya dari keburukan di akhirat.

Antara lain, para wali berperanan untuk memilihkan calon suami yang menepati kehendak anak perempuannya dan yang disukainya. Tidak begitu wajar, jika anak perempuan dipaksa untuk menikah dengan seorang lelaki yang tidak disuakainya. Dalam hal ini, para wali juga wajar mencarikan lelaki yang baik parasnya (yang disukai) di samping beberapa ciri yang sebelumnya. Dalam hal ini, Ibnul Jauzi berkata:

“Disukai bagi yang ingin menikahkan anak gadisnya agar memilih pemuda yang bagus parasnya. Kerana kaum wanita juga menyukai apa yang disukai oleh kaum lelaki.” (Ahkaamun Nisaa’, hal. 203)

Ibu bapa dan para wali juga perlulah memerhatikan dengan siapakah anaknya dinikahkan. Ini adalah bagi memastikan anak gadisnya bernikah dengan orang yang tepat dan baik serta memastikan kehidupan rumahtangga yang bahagia di masa hadapan.

Dalam satu riwayat, ketika Fatimah binti Qais r.ha. datang kepada Nabi s.a.w. bagi mengkhabarkan bahawa Abu Jahm dan Mu’awiyah bin Abi Sufyan datang meminangnya, Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya: “Mu’awiyah adalah lelaki miskin tidak punyai harta, adapun Abu Jahm adalah lelaki yang suka memukul wanita, maka nikahlah dengan Usamah bin Zaid.” Fatimah mengisyaratkan dengan tangannya tanda menolak, yakni jangan Usamah, jangan Usamah!

Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya:

“Mentaati Allah dan Rasul-Nya adalah lebih baik bagimu.” Fatimah berkata: “Akupun menikah dengannya dan aku bahagia sekali.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menunjukkan supaya lelaki yang dipilih itu mampu memenuhi keperluan nafkah keluarga dan janganlah dinikahkan anak (wanita) itu dengan seseorang lelaki yang tidak pasti sama ada dapat melayani/menjaga anak gadisnya dengan baik atau tidak.

Selain itu, menurut imam Nawawi rahimahullah di dalam Syarh Sahih Muslim, beliau menyatakan tentang hadis ini bahawa:

“Adapun anjuran Nabi s.a.w. agar menikahi Usamah adalah kerana beliau mengetahui kadar agamanya, keutamaannya, keelokan perangai dan kemuliaannya. Maka Nabi menganjurkan agar menikah dengannya. Namun Fatimah tidak menyukainya kerana Usamah bekas budak dan warna kulitnya hitam. Maka Nabi s.a.w. terus menerus menganjurkannya agar menikah dengan Usamah. Kerana Rasulullah s.a.w. mengetahui kemaslahatannya bagi Fatimah. Dan ini terbukti.”

Terdapat suatu hadis yang lain yang menyatakan, lelaki dianjurkan dari kalangan yang mampu memberi nafkah yang baik/mampu.

“Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kalian yang mampu menikah, maka menikahlah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, (no. 5066))

Dari ini juga membuktikan bahawa kesepadanan dan keselarasan dalam Islam adalah amat penting dan agama merupakan suatu asas yang paling utama mengatasi paras rupa dan kedudukan/harta.

Seterusnya, dianjurkan untuk seseorang wanita bernikah dengan lelaki yang sebaya usianya. Dan tidak digalakkan untuk seorang wanita menikah dengan seorang lelaki yang jauh lebih tua darinya atau berusia.

Diriwayatkan dari Buraidah bin al-Hushaib r.a. ia berkata: “Abu Bakar dan Umar r.a. datang meminang Fatimah r.ha..” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ia masih kecil.”

Lalu Ali r.a. datang meminang dan Rasulullah s.a.w. menikahkan Fatimah dengannya. (Diriwayatkan oleh an-Nasa’i dengan sanad yang hasan)

Dan imam an-Nasa’i juga telah meletakkan suatu bab di dalam sebuah kitabnya (as-Sunan ash-Shugra) atas tajuk “Menikahkan Wanita dengan Lelaki yang Sebaya Usia Dengannya.”

Seterusnya, para wali berhak untuk menikahkan atau menawarkan anak gadis beliau kepada pemuda yang baik-baik. Ini dikira dari sudut agamanya (kesolehan).

Dalam Fathul Bari (9/83), al-Hafiz Ibnu Hajar berkata:

“Seseorang dibolehkan untuk menawarkan anak gadisnya atau wanita yang berada di bawah tanggungjawabnya kepada lelaki yang diyakini baik dan soleh. Kerana hal itu akan membawa manfaat kepada yang ditawarkan dan seseorang tidak perlu merasa malu untuk melakukan hal itu. Dan juga diperbolehkan ia menawarkannya kepada lelaki soleh walaupun ia sudah beristeri.”

Malah, wanita itu dibolehkan untuk menawarkan dirinya (untuk dinikahi) kepada lelaki yang diketahui kesolehannya.

Ini berdasarkan kepada suatu riwayat, dari anas bin Malik r.a. ia berkata: “Seorang wanita datang menawarkan dirinya kepada Rasulullah s.a.w. Ia berkata: “Wahai Rasulullah, apakah engkau mempunyai keinginan untuk menikahiku?””

Puteri Anas berkata: “Betapa sedikit rasa malunya, alangkah buruk wanita ini, alangkah jelek wanita ini!”

Anas berkata: “Dia lebih baik daripada dirimu. Ia mencintai Rasulullah s.a.w. dan menawarkan dirinya kepada beliau.” (Diriwayatkan oleh Bukhari, 3/246, an-Nasa’i, dan Ibnu Majah)

Dalam persoalan ini juga, imam Bukhari telah meletakkan satu bab bertajuk “Seorang Wanita Menawarkan Dirinya Kepada Lelaki Soleh”.

Akhir sekali, adalah dilarang wanita yang baik dan solehah, dinikahkan/bernikah dengan lelaki yang buruk atau seorang penzina.

Ini adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t. ini,

“Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik...” (an-Nuur 24: 3)

Secara keselurannya, sebagai kesimpulan, diajurkan para wali atau wanita untuk memilih calon suami yang baik agamanya (lelaki soleh) sebagai keutamaan, memiliki daya kepimpinan yang baik dalam persoalan kekeluargaan, memiliki kemampuan dari segi kewangan dan ilmu, dan memliki keterampilan/ personaliti yang disenangi oleh si wanita. Perlu ditekankan, bahawa dalam banyak riwayat, ditunjukkan bahawa pengaruh agama itu lebih diberi keutamaan berbanding ciri-ciri yang lainnya. Malah, di dalam beberapa hadis menunjukkan bahawa ada lelaki yang miskin namun baik agamanya, adalah diberi kepercayaan/ saranan oleh nabi s.a.w. sendiri.

Pilihlah yang baik agamanya sebagai priority...

“... jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha mengetahui.” (an-Nuur 24: 32)

Wallahu a’lam...