Thursday, December 22, 2011

Bahagiakah Tanpa Zuriat?

Amalkan membaca:
1) Surah Al-Anbiyaa' Ayat 89
2) Surah Maryam Ayat 5, 10
3) Surah As-Saffat Ayat 100

Banyakkan bersabar kepada pasangan yang belum dikurniakan zuriat. Ini merupakan satu ujian buat hamba-hambanya.

-Semanis Kurma-

Saturday, December 17, 2011

Doa

Doa bagi lelaki yang berharap jodoh :

“ROBBI HABLII MILLADUNKA ZAUJATAN THOYYIBAH AKHTUBUHA WA ATAZAWWAJ
BIHA WATAKUNA SHOOHIBATAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH”.

“Ya Robb, berikanlah kepadaku istri yang terbaik dari sisi-Mu, istri
yang aku lamar dan nikahi dan istri yang menjadi sahabatku dalam urusan
agama, urusan dunia dan akhirat”.

Doa bagi wanita yang berharap jodoh :

“ROBBI HABLII MILLADUNKA ZAUJAN THOYYIBAN WAYAKUUNA SHOOHIBAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH”.

“Ya Robb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami
yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia &
akhirat”.

Saturday, October 29, 2011

~Siapkan Tempahan Kek~

Assalamualaikum wrhmt. wbrkth.

Hari ni ana nak siapkan tempahan kek yang cikgu-cikgu pesan. Selalunya buat kek coklat moist tapi cikgu-cikgu ni nak makan kek oren pulak maka terpaksalah ana mengikut citarasa mereka. Semua bahan-bahan telah disediakan. Senang jer nak buat kek oren ni berbanding kek coklat.

Sape-sape yang nak rasa tu mehlah datang rumah cikgu ayu :)


Wednesday, October 26, 2011

~SeLamat HaRi Lahir CikGu Ayu~

Assalamualaikum wrhmt. wbrkth.

Hari yang ana tunggu akhirnya menjelma..24 Oktober datang lagi...banyak ucapan yang ana terima..."SELAMAT HARI LAHIR AYU"..."SELAMAT HARI LAHIR CIKGU AYU".

Setiap pesanan sms yang ana dapat semuanya mendoakan diri ana...syukran ana ucapkan. Antara ucapan yang ana terima "moga dipermudahkan jodoh"...ana mohon antum doakan untuk ana moga ana bertemu dengan insan yang benar-benar ikhlas mencintai diri ini lillahi taala. Ya Allah moga Engkau mempermudahkan segala urusanku.

Amin.

~Panduan Memilih Jodoh Daripada Rasulullah~

Bagi golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” [1] Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.

Secara terang Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama.

Bagi golongan wanita pula Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.” [2]

Di dalam riwayat yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali. [3]

.

Wallahu’alam.

Thursday, June 23, 2011

~MenGerjaKan UmraH~

Assalamualaikum wrh. wbrkth.

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan..
untuk terus menjalani kehidupan ini..
Di panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dipermudahkan urusan ana..
untuk mengerjakan ibadah umrah..
banyak yang ana peroleh sewaktu mengerjakan ibadah umrah waktu tu..
ana bertolak pada 27 Mei pukul 3.00pm (waktu Malaysia) dan pulang ke tanah air pada 09 Jun 2011 pukul 1.00pm (waktu Malaysia).

Rasanya tak dapat ana nak meluahkan segalanya di sini disebabkan kekangan waktu...
Cuma ana merasakan ketenangan yang amat berbeza sewaktu di sana..
Harapan ana moga Allah memberi peluang kepada ana untuk pergi lagi pada masa-masa akan datang..amin.


Sedikit gambar yang ana dapat lampirkan sewaktu berada di Madinah dan Mekah.



Masjid terapung


Ladang unta


Hotel penginapan di Madinah


Ladang kurma


Gua Uhud

Tuesday, April 12, 2011

~DoaKan unTuk Ana~

Assalamualaikum....

Tepat jam di komputer pukul 2.09 am. Tetiba hari ni jadi sedih bila terdengar instrumental lagu Ketika Cinta Bertasbih. Tak tahulah kenapa hati ini amat memerlukan pendamping dalam hidup ini. Dah menjadi lumrah dalan hidup ini tapi apakan daya, sampai sekarang ana belum bertemu.

Ya Allah bantulah hambaMu ini, permudahkan segala urusan dalam kehidupan ini. Ampunkanlah segala dosa-dosaku. Moga dengan keizinanMu, Engkau permudahkanlah urusanku untuk aku mengerjakan ibadah umrah bersama ibuku insyaAllah 27 Mei ini.

Moga di pagi yang sunyi ini, Engkau mendengar rasa hatiku ini. Kasihanilah diriku ini Ya Allah. Amin.