Saturday, October 29, 2011

~Siapkan Tempahan Kek~

Assalamualaikum wrhmt. wbrkth.

Hari ni ana nak siapkan tempahan kek yang cikgu-cikgu pesan. Selalunya buat kek coklat moist tapi cikgu-cikgu ni nak makan kek oren pulak maka terpaksalah ana mengikut citarasa mereka. Semua bahan-bahan telah disediakan. Senang jer nak buat kek oren ni berbanding kek coklat.

Sape-sape yang nak rasa tu mehlah datang rumah cikgu ayu :)


Wednesday, October 26, 2011

~SeLamat HaRi Lahir CikGu Ayu~

Assalamualaikum wrhmt. wbrkth.

Hari yang ana tunggu akhirnya menjelma..24 Oktober datang lagi...banyak ucapan yang ana terima..."SELAMAT HARI LAHIR AYU"..."SELAMAT HARI LAHIR CIKGU AYU".

Setiap pesanan sms yang ana dapat semuanya mendoakan diri ana...syukran ana ucapkan. Antara ucapan yang ana terima "moga dipermudahkan jodoh"...ana mohon antum doakan untuk ana moga ana bertemu dengan insan yang benar-benar ikhlas mencintai diri ini lillahi taala. Ya Allah moga Engkau mempermudahkan segala urusanku.

Amin.

~Panduan Memilih Jodoh Daripada Rasulullah~

Bagi golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” [1] Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.

Secara terang Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama.

Bagi golongan wanita pula Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.” [2]

Di dalam riwayat yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali. [3]

.

Wallahu’alam.