Friday, September 19, 2008

~PemaaF~

Assalamualaikum wrhmth. wbrkth.

Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.,kaum kerabat baginda dan para sahabat.

Hari ini tergerak hati ana untuk berkongsi mengenai topik pemaaf. Dalam mengharungi kehidupan ini, memang kita sebagai manusia tidak lepas dari melakukan kesalahan atau kesilapan sesama insan lain.

Hakikatnya, tidak rugi menjadi pemaaf, malah insan yang suka meminta maaf dan memaafkan dipandang hebat.


Orang yang mudah meminta maaf dan mudah pula memberi kemaafan kepada orang yang berbuat salah kepadanya ialah seseorang yang hebat.Mengapa? Ini kerana tidak ramai yang sanggup menundukkan perasaan ego dan sombong untuk berbuat demikian.

Lihat saja Junjungan agung Nabi Muhammad s.a.w. yang mudah memaafkan manusia yang berbuat jahat kepadanya.

Mari kita lihat sejarah mengenai sifat pemaafnya Rasulullah.


- Dakwah baginda ditentang oleh kafir Quraisy Makkah, kemudian baginda berubah arah ke perkampungan Thaif yang amat subur tanaman anggur. Malangnya, pemikiran orang-orang di situ, telah diracuni oleh Musyrikin Quraisy yang membenci baginda.

- Sampai di Thaif, semua orang memulaukan Rasulullah yang ditemani Zaid bin Tsabit.

- Lontaran batu-batu ke tubuh mereka mengakibatkan badan mereka terluka dan keluarlah darah.

- Ketika Rasulullah dan Zaid bin Tsabit melepaskan lelah di bawah sepohon pokok, tiba-tiba Malaikat Jibrail datang kepada Rasulullah dan meminta izin untuk menghempap penduduk Thaif yang biadap tadi dengan Bukit Safa.


- Meskipun dilukai dan dimaki hamun oleh penduduk Thaif, namun baginda tidak menginzinkan Malaikat Jibrail berbuat demikian. Malah baginda bersabda, "Sesungguhnya mereka tidak tahu" Ternyata baginda memaafkan orang-orang yang menyakiti baginda.

- Yang penting bagi insan pemaaf ini ialah mengamalkan budaya berkasih sayang sesama manusia.


- Walaupun keegoan seseorang yang pemaaf ini terpaksa ditundukkan untuk menjernihkan keadaan, namun sebenarnya darjatnya di sisi Tuhan diangkat menjadi tinggi.

- Dalam kerendahan hati, ada keluhuran budi, dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Hidup ini lebih indah jika ada sikap maaf-memaafi antara kita.

Maka, bagaimana mahu jadi pemaaf?

- tidak perlu menang setiap masa
- berdoa supaya disabarkan hati

- memikirkan bahawa orang lain juga ada masalah

Wassalam

No comments: