Assalamualaikum wrhmt. wbrkth.
Rasanya sudah lama ana tidak posting disebabkan kekangan masa yang tidak dapat dielakkan..
Alhamdulillah ana baru posting pada 12hb Januari 2009 di SMK Sultan Abdullah, Chenderong Balai, Perak.
Moga ana dapat laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan baik di samping berdakwah ke jalan yang benar.
Hari ini ingin ana berkongsi sedikit mengenai topik yang dibincangkan di Halaqah pada malam tadi yang bertajuk 'Sayang DIA'..
Satu topik yang ana rasa cukup bagus ditonton oleh semua terutama golongan remaja kita. Ia bersesuaian dengan sambutan Valentine Day yang disambut oleh semua lapisan tak ketinggalan oleh masyarakat Islam. Moga dengan pengisian yang diberikan pada malam itu dapat dihayati dan difahami oleh semua masyarakat Islam mengenai persoalan mengapa kita dilarang untuk menyambut hari tersebut iaitu 14 Februari..Salah satu sebabnya ialah pada hari tersebut berlakunya kejatuhan Islam di Cordova. Masyarakat Kristian amat bergembira dengan kejatuhan tersebut. Jadi, anda sebagai umat Islam adakah perlu anda menyambut dan bersama-sama bergembira pada hari tersebut?Akal telah diberi maka fikirlah dengan waras.
Di samping itu juga, dikupas mengenai isu salahkan kita bercinta?Bercinta itu tidak salah kerana fitrah manusia memang ingin dikasihi, disayangi dan dicintai oleh seseorang tetapi harus diingat mestilah ia disandarkan kepada cinta kepada Allah s.w.t. Kasihi dan cintailah seseorang itu lillahi taala, insyaAllah pabila berlakunya perpisahan hati kan menjadi tenang dan redha menghadapinya.
Ingatlah saudara-saudaraku jangan sesekali anda risau tentang bilakah jodoh anda akan sampai. Semua itu telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Fikir positif akan hikmah atas setiap yang berlaku itu. Jangan terlalu mengikut kata hati dan nafsu dalam mencari sekelumit cinta dari yang bukan muhrim. Carilah cinta Allah kerana hati anda akan menjadi tenang dan semua urusan menjadi lancar.
P/s: Ingatlah tidak semestinya jika kita mencintai seseorang itu, orang itu pun mencintai kita. Mencintai tidak semestinya memiliki. Oleh itu, mengadulah pada Allah kerana hanya pada DIA tempat kita meluahkan rasa hati kita. Biarlah kita berjihad menahan sebuah perasaan dari takut terjerumus ke lembah maksiat.
Wassalam.
Sunday, February 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment