Sunday, December 5, 2010

~UjiaN BuaTku~

Asssalamualaikum wrhmt. wbrkth.

Alhamdulillah dengan izin Allah, ana masih lagi diberi peluang untuk mengharungi kehidupan ini. Hari ini masuk 2 hari badan tak berapa sihat. Tapi ana gagahkan juga untuk menulis kerana mungkin dengan ini dapat mengurangkan sedikit kesedihan yang melanda hati ini. Panas yang disangka hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Ana rasa itulah yang sinonim dengan diri ini. Semua orang inginkan kebahagiaan termasuklah diri ana tapi apakan daya begini yang terjadi akhirnya.

Ya Allah betapa sedihnya hati ini. Ya Allah Ya Tuhanku, aku bermohon kepadaMu, jangan Kau bebankan aku dengan dosa-dosa aku Ya Allah. Ampunkan dosaku Ya Allah. Jika ini ujian buat diriku maka tabahkan hati ini untuk menempuhnya. Hanya Engkau sahaja yang mengetahui isi hati ini. Berikan aku kebahagian yang aku nantikan selama ini. Jangan biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat. Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakan aku seorang pasangan sefikrah yang beriman.

Ya Allah. Aku mengadu dan merayu kepadaMu sesungguhnya sesuatu itu terjadi atas kehendakMu jua dengan izinMu. Ya Allah, Aku memohon keselamatan agama dan kesejahteraan badan, dan penambahan ilmu dan berkat rezeki serta taubat sebelum mati dan rahmat di waktu mati dan keampunan sesudah mati. Amin..

Sebelum ana akhiri, ana mengucapkan salam maal hijrah buat semua muslimin dan muslimat. Berhijrahlah kita dari perkara-perkara keburukan dan negatif kepada perkara-perkara yang positif yang membawa kebaikan. Pastikan ianya istiqamah. Semua amalan bergantung pada niat. Jika niat kita berubah kerana Allah insyaAllah kita akan diberi kekuatan olehNya.

Wassalam.

No comments: