Saturday, October 23, 2010

_kOmuNikasi~

Assalamualaikum wrhmth. wbrkth.

Hari ini ana tertarik nak berkongsi topik dengan antum mengenai pentingnya komunikasi dalam sesuatu perhubungan. Ana merasakan komunikasi itu penting sebagai salah satu cara untuk mengeratkan hubungan antara satu dengan yang lain. Ana melihat masyarakat kita pada masa kini kadang-kadang langsung tidak bertegur sapa dengan jiran tetangganya atau rakan sejawat di tempat kerja. Itu belum dilihat komunikasi dalam rumahtangga.

Lihat saja dari sudut perhubungan sesama manusia. Bagaimana kita nak mengenali seseorang itu kalau komunikasi antara kita kurang dan salah seorang dari kita suka berdiam diri. Jika dilihat dari sudut rumahtangga pula pasangan suami isteri yang sama-sama sibuk biasanya tidak cukup waktu untuk berkomunikasi. Paling-paling mereka bertemu ketika hendak tidur. Kadangkala, untuk sarapan pagi atau makan malam pun masing-masing tiba lewat. Kurangnya atau tiada waktu berkomunikasi menimbulkan pengertian salah. Ini kerana suami tidak tahu masalah isteri, demikian juga sebaliknya.

Justeru, periksa semula adakah kita punya waktu untuk berkomunikasi dengan pasangan atau masyarakat di luar sana. Jika kita jarang berkomunikasi dengan orang maka mulakan dari sekarang untuk mengenali antara satu dengan yang lain. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Wassalam.

No comments: