Saturday, October 23, 2010

~taKlimat~

Assalamualaikum wrhmt. wbrkth.

Alhamdulillah ana dan rakan-rakan guru sekolah yang lain telah pun selesai mendengar taklimat mengenai wasiat, faraidh dan takaful penyelesaian kepada sebuah kekusutan. Syukran jazilan ana ucapkan kepada SAF Associates Agency eTiQa Takaful Cawangan Taiping kerana sudi hadir memberikan taklimat mengenai topik berkenaan. Dengan taklimat yang diberikan itu, walaupun tidak 100% memahaminya tetapi sedikit sebanyak dapat membantu ana untuk memahami konsep wasiat, faraidh dan takaful.

Dengan contoh-contoh yang diberikan oleh penceramah tadi, banyak kes-kes yang melibatkan harta pusaka sering menjadi perbalahan di kalangan kita sehingga menyebabkan ada segelintir manusia yang sanggup memakan harta yang bukan milik dia sendiri. Kita harus ingat bahawa sekiranya rezeki yang kita dapat itu bukan dari sumber yang halal maka kesannya akan berlaku masalah-masalah yang negatif seperti masalah sosial pada masa kini.

Lebih memburukkan lagi apabila harta itu berterusan sehingga diwarisi oleh keturunan di bawahnya. Justeru, janganlah kerana harta yang ada di dunia menggelapkan mata kita sehingga tidak dapat membezakan yang mana hak dan juga batil. Maka kepada kaum muslimin dan muslimat sekalian selagi kita masih hidup di dunia maka buatlah persediaan untuk membuat wasiat bagi mengelakkan berlakunya perbalahan selepas berlakunya kematian kita nanti. Kalau kita boleh tahu bila tarikh lahir, tarikh pernikahan atau tarikh mula bekerja tetapi sebaliknya kita tidak tahu bila tarikh kematian kita. Maka bersedialah dari awal.

Cuba antum lipat satu kertas A4 dan dibahagikan kepada dua bahagian. Maka satu bahagian itu tulislah semua hutang-hutang kita di dunia ini dan satu bahagian lagi senarai tabungan kita pada waktu ini. Kemudian, antum lihatlah adakah senarai hutang lebih banyak dari senarai tabungan kita. Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah.

Jika ada di kalangan kita yang masih belum membuat tabungan maka segeralah bertindak untuk jaminan orang-orang yang akan kita tinggalkan kelak apabila kontrak hidup kita di dunia ini telah ditamatkan. Ana rasa setakat ini perkongsian ilmu yang dapat ana terangkan dari kefahaman yang ana dapat. Segala yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu adalah dari kelemahan diri ana sendiri.

Wassalam.

No comments: