Penjaga, Pengawal dan Penyelamat
Tapi Tuhan boleh melakukan apa sahaja ke atas diri kita
Namun Dia Maha Suci daripada menzalimi
Di sinilah kita perlu takut kepada-Nya
Tuhan adalah Maha Pengasih dan Penyayang kepada makhluk-Nya
Terutama kepada manusia sebagai hamba-Nya
Tidak ada siapa yang boleh menandingi kasih dan sayang Tuhan
Namun Tuhan bila-bila masa boleh murka kepada hamba-Nya
Tapi penuh berhikmah dan mengandungi pengajaran
Mintalah kepada-Nya apa sahaja
Kerana Tuhan itu adalah Maha Kaya
Tapi ingat!
Dia memberi dengan penuh bijaksana tidak semberono
Tuhan Maha Adil dengan makhluk-Nya
Terutama kepada manusia sebagai hamba dan khalifah-Nya
Namun Dia adalah Hakim yang menghukum
Tidak kira kepada siapa sekalipun saja
Tapi Tuhan tidak berdendam
Ia melakukannya dengan sifat keadilan-Nya kepada makhluk-makhluk-Nya
Begitulah di antara sifat-sifat Tuhan yang mesti kita mengetahui
Makin kita kenal Tuhan
Semakin indah kita rasa bertuhan
Semakin kita kenal Tuhan
Semakin cinta dan takut kita kepada Tuhan
Makin kita kenal Tuhan
Terasa sangat kita memang perlu kepada Tuhan
Kerana itu kenalilah Tuhan
Agar kita rasa indah bertuhan dan rasa bertuhan
No comments:
Post a Comment